Main sentimen kaum, agama semasa musim kempen, calon DAP & PAS dikecam

PETALING JAYA: Sebuah inisiatif belia #KamiNampak mengesan beberapa calon pilihan raya umum ke-15 termasuk daripada PAS dan DAP, memainkan sentimen perkauman dan agama ketika berkempen di media sosial.

#KamiNampak mengenal pasti empat calon, Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS), V Ganabatirau (DAP), Fazli Mohammad (Gerakan Tanah Air) dan Priscilla Lau daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Mereka masing-masing bertanding di kerusi Parlimen Rantau Panjang, Klang, Balik Pulau dan Lanang.



Penyelaras #KamiNampak, Jason Wee, menyeru calon berkempen mengenai dasar dan amalan, bukan penggunaan kaum dan agama yang terlampau untuk meyakinkan pengundi.

“Penggunaan retorik kaum dan agama tidak mempertimbangkan kesan jangka panjang yang merosak keupayaan komuniti di Malaysia untuk mempunyai kepercayaan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan.

Bulan lalu, Ganabatirau menyeru pengundi menolak Barisan Nasional dan PAS, dan berkata mereka telah menggunakan isu perkauman untuk melemahkan Pakatan Harapan (PH) ketika ia berkuasa.

Ia termasuk isu kematian anggota bomba Adib Kassim dalam rusuhan 2018 dan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).



#KamiNampak adalah inisiatif diterajui oleh pertubuhan bukan berasaskan keuntungan Architects of Diversity (AOD).

Lebih 60 sukarelawan belia memantau akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, TikTok, Instagram dan YouTube calon pilihan raya membabitkan 222 kerusi Parlimen.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker