BN janji agenda pendigitalan pendidikan, tiada lagi buku teks dalam sistem persekolahan

Agenda pendigitalan pendidikan akan dilakukan secara besar-besaran, termasuklah Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks jika majoriti undian memihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan memperkenalkan inisiatif itu yang akan menyaksikan pembelajaran berlangsung menggunakan laptop atau komputer riba.

“Untuk itu, BN akan memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan,” katanya dalam siaran langsung di laman Facebook BN.



Sementara itu, di peringat pengajian tinggi, BN akan memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak dalam kalangan B40 selain menawarkan sistem pengajian anjal iaitu 50 peratus pengajian di kampus, dan 50 peratus lagi secara dalam talian atau jarak jauh.

“Bukan itu sahaja, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan ‘internship’ (latihan industri) akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’



Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker