Tak sempat mencuri, lelaki tertidur terlebih dos dadah

#PRU15

Tak sempat mencuri, lelaki tertidur terlebih dos dadah

KLANG: Seorang penjenayah tertangkap di kedai makan yang dicerobohnya di Johan Setia, di sini, pada Rabu akibat tertidur kerana terlebih dos dadah yang diambilnya sebelum lakukan jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan berhubung kejadian terbabit dibuat pemilik kedai makan berkenaan yang memaklumkan pintu belakang premisnya telah diumpil kira-kira jam 8.30 pagi dan terdapat seorang lelaki dalam keadaan terbaring.

Menurutnya, bertindak atas maklumat sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuat tangkapan semula terhadap seorang lelaki tempatan di lokasi kejadian.



“Semasa tangkapan dibuat, suspek didapati telah cedera di bahagian kepala, muka dan badan dipercayai telah dipukul oleh orang awam yang berada di kawasan kejadian.

“Suspek berusia 23 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian suspek masuk melalui pintu bahagian belakang kedai dengan cara mengumpil pintu.

“Suspek telah masuk ke dalam kedai dengan niat untuk mencuri namun dia telah tertidur kerana terlebih dos dadah yang diambilnya sebelum kejadian.



“Bagaimanapun, tiada barangan yang hilang di dalam kedai terbabit,” ujarnya.

Tambahnya, semakan turut mendapati suspek memiliki rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan,” jelasnya. Sinar

Tak sempat mencuri, lelaki tertidur terlebih dos dadah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker