Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
#PRU15
Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
KOTA BHARU: Penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, menjelaskan tindakannya bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertujuan menebus maruah selepas teruk difitnah.
Sebelum ini, beliau mendakwa difitnah tanpa diberi ruang dan peluang oleh PAS untuk mempertahankan diri sehingga tidak dicalonkan di kerusi Parlimen berkenaan.
“Saya OK jika tidak bertanding pun memandangkan saya tidak mempunyai cita-cita politik yang tinggi dan tidak pernah menagih jawatan.
“Saya cuba menggalas tugas itu dengan baik jika diberikan tanggungjawab.
“Namun demikian, bila saya difitnah secara berleluasa tanpa diberi ruang mempertahankan diri dan pada masa sama BN tampil menawarkan kerusi kepada saya, saya fikir inilah masa menebus semula maruah diri.
“Saya akan jadikan pentas BN bagi menjelaskan segala fitnah kepada saya, sekali gua membersihkan kembali nama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Watikah Calon yang disampaikan oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub di sini, hari ini.
Che Abdullah menegaskan tidak sesekali memusuhi pemimpin PAS walaupun bertanding atas tiket BN.
“Saya menyayangi dan menghargai segala pertolongan mereka. Pada masa sama, saya mengharapkan diberi peluang kerana terlalu sayangkan Parlimen Tumpat.
“Sebelum ini, saya bekerja kuat sebagai ahli Parlimen dan pemimpin PAS di Tumpat. Saya berusaha sepenuh hati dan melaksanakan yang terbaik untuk warga Tumpat.
“Hasil usaha keras itu saya menang besar pada PRU14, namun disebabkan fitnah, saya dijatuhkan,” katanya.
Che Abdullah tidak mahu menaruh harapan tinggi apabila memperkatakan sama ada mampu menarik sokongan pengundi PAS pada PRU15.
Bagaimanapun, beliau yakin sahabat, keluarga dan penyokong akan bersimpati dalam membantu perjuangannya mengembalikan maruah.
Semalam, BN mengumumkan Che Abdullah bertanding di Parlimen Tumpat menggunakan tiket BN pada PRU15. BH
Saya nak tebus maruah selepas teruk difitnah – Che Abdullah
Baca Artikel Menarik:
- Takkan sudah jadi pemimpin berpuluh-puluh tahun tak cukup lagi- Ramlah Adam
- PKR takut dengan Khairy sampai nak tukar calon
- ‘Ribut sementara’, Umno Perlis yakin akar umbi setia pada parti
- A Aida ambil keputusan mengalah
- Pemimpin otai perlu undur, beri laluan muka baharu
- Ustaz Kazim doa cercaan orang ramai diganti pahala
- PN akan calonkan Shahidan di Arau
- Ustaz Kazim tarik diri saat akhir, kekal jadi pendakwah bebas mesra BN
- Mereka digugurkan tak selari dengan akar umbi UMNO – Penganalisis
- 4 pemimpin Friends Of BN diumum sebagai calon
- Saya tak akan beri laluan kepada Annuar – Khlir
- Buang mentaliti warlord, beri peluang muka baharu bertanding
- MIC putuskan tetap bertanding PRU15
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional
Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)
Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin