Sah PAS ‘tendang’ keluar Nik Abduh dan Che Abdullah dari kawasan parlimen mereka

Penyandang bagi kerusi Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sah digugurkan daripada terus mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang.

PN Kelantan kali ini mempertaruhkan calon muka baru setiausaha politik kepada Presiden PAS iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN Kelantan Ahmad Yakob dalam majlis yang diadakan di Kota Bharu, malam ini.



Selain itu seorang lagi penyandang bagi kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Md Nawi (gambar, bawah) turut menerima nasib sama.

Sebaliknya PN Kelantan mempertaruhkan calon wanita yang juga Adun Demit, Mumtaz Md Nawi sebagai pengganti.

Antara calon baru yang dipertaruhkan Kelantan termasuk di Parlimen Manchang yang akan diwakili Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Jeli menampilkan , Zahari Kechik.

Sementara itu, PN Kelantan mengekalkan lapan penyandang di Parlimen Kota Bharu (Takiyuddin Hasan); Pengkalan Chepa (Ahmad Marzuk Shaary); Kubang Kerian (Tuan Ibrahim Tuan Man); Pair Mas (Ahmad Fadhli Shaari); Pasir Puteh (Nik Muhammad Zawawi Salleh); Rantau Panjang (Siti Zailah Mohd Yusoff); Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz); dan Kuala Krai (Abdul Latiff Abdul Rahman).



Selain itu, bagi Parlimen Ketereh PN Kelantan turut menampilkan calon muka baru daripada Bersatu iaitu bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia, Khlir Mohd Nor.

Terdahulu, media tempatan melaporkan desas-desus Che Abdullah dan Nik Mohammad Abduh bakal digugurkan daripada menjadi calon bagi mempertahankan parlimen yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lalu.

Sumber dalaman Umno melaporkan Che Abdullah menjadi calon yang ‘disimpan’ BN untuk dipertaruhkan sebagai calon selepas parti itu belum mengumumkan wakil mereka untuk bertanding di parlimen tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker