Lagi rayuan mohon Noh Omar dikekalkan di Tanjong Karang

 

Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni) Selangor merayu Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi pertimbangan khas kepada Tan Sri Noh Omar untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman berkata, jawatankuasa telah berbincang dan membuat ketetapan untuk merayu kepada Ahmad Zahid supaya mengekalkan Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor.



“Kalau beliau (Noh) tidak menjadi calon, agak tempang dari segi usaha berkempen lebih-lebih lagi hendak memenangkan calon BN memandangkan beliau akan melawat ke seluruh bahagian di negeri ini untuk berkempen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ahmad Bhari memberitahu, Ahmad Zahid diharap memberi pertimbangan mendalam kepada Noh yang terbukti telah bekerja keras untuk rakyat dan berkhidmat dengan baik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menurut beliau, BN perlu meletakkan calon yang boleh menang meskipun Noh telah enam penggal menjadi ahli Parlimen di ‘kubu kuat’ BN itu.

Ujarnya, kekuatan BN Selangor sudah tentu kepada Noh yang satu-satunya ahli Parlimen yang menang pada PRU14 lalu di negeri ini.



“Sebagai NGO (badan bukan kerajaan) sentiasa sokong BN, kami mohon Presiden BN berilah pertimbangan khas supaya beliau dapat diletakkan semula sebagai calon untuk membantu di samping berkempen di Tanjong Karang dan calon lain yang bertanding di seluruh Parlimen di Selangor.

“Kalau beliau tempang, macam mana beliau hendak pergi ke bahagian lain. Hilang semangat beliau untuk membantu calon lain,” kata beliau.

Ujarnya, PRU15 adalah medan untuk BN membuktikan kekuatan dan menunjukkan peningkatan sokongan rakyat kepada parti itu

“Saya difahamkan di Parlimen Tanjong Karang, ramai rakan dan penyokong BN mula gelisah, lebih-lebih lagi jika tersalah letak calon di Tanjong Karang kerana kita bimbang Parlimen tradisi BN pun boleh kalah,” kata beliau.



Ahmad Zahid pada malam Selasa mengumumkan calon BN bertanding di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya akan datang termasuk beliau untuk mempertahankan kerusi Bagan Datuk dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di Bera.

Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat Ahmad Zahid bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker