Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman
Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyeru umat Islam untuk menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa acara yang melibatkan maksiat serta hiburan melampau.
Asma’ dalam satu hantaran di Facebooknya berkata demikian bagi mengulas sambutan pesta Halloween yang dibuat besar-besaran di negara Arab Saudi baru-baru ini.
“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Usaha untuk bawa pengaruh dan budaya barat semakin menjadi-jadi di Arab Saudi yang merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam.
“Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat,” katanya.
Katanya, sekarang semuanya berubah apabila sambutan itu semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan secara besar-besaran serta disokong oleh pihak kerajaan.
“Tuan Puan, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah ‘La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’ pada bendera negara, apa yang berlaku ini suatu yang amat mendukacitakan.
“Sedar atau tidak, perlahan-perlahan, budaya liberal yang selama ini menjadi amalan masyarakat barat seolah sudah meresap masuk ke dalam jiwa orang-orang Islam,” ujarnya.
Asma’ berkata, besar harapannya supaya segala program maksiat dan hiburan melampau yang diadakan di mana-mana jua negara dibanteras dan dihentikan, agar perkara itu tidak menjadi sebuah normalisasi kepada masyarakat Islam.
Terdahulu, sambutan Halloween yang satu ketika dahulu diharamkan kini sudah dirayakan di Arab Saudi.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan Halloween adalah haram di sisi Islam kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. K Online
Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman
Baca Artikel Menarik:
- Tiada Siapa Akan Selamat Bila Kerajaan PH Pilih Anda Jadi Mangsa
- Hadi boleh dikalahkan, dah terbukti – Rahman
- Tepukan gemuruh di Tambun tapi adakah ‘nyanyian’ Anwar ikut rentak?
- Umno takkan ulangi kesilapan pilih calon ‘besar kepala’
- Menari sakan, Sweet Qismina kena kecam dengan netizen (Video)
- Tiong Lai tak goyang berdepan Rara, Wong Tack di Bentong
- ‘Dia letak saja borang, keahlian terlucut’ – DAP bagi amaran
- Mujahid saman PAS
- PAS mahu tipu siapa? Kedah guna lambang PN, Kelantan dan Terengganu lambang PAS
- Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung – Ahmad Said
- Mahathir tersepit, selepas Anwar kini Muhyiddin pula tolak kerjasama
- Man Kidal diisytihar muflis
- Tommy Thomas mengelabah, mohon mahkamah batalkan laporan pasukan petugas khas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET