Kami tetap tak tanding di Kedah walaupun guna logo PN – Gerakan

#PRU15

Kami tetap tak tanding di Kedah walaupun guna logo PN – Gerakan

Seorang pemimpin Gerakan berkata, parti itu tetap dengan keputusan tidak bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), walaupun Perikatan Nasional (PN) negeri itu memutuskan akan menggunakan logo PN.

PN sebelum ini berkata, gabungan itu akan menggunakan logo PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu sebagai sebahagian strategi pilihan rayanya.



Keputusan itu menyebabkan Pengerusi Gerakan Kedah, M Marimuthu Selvan dilaporkan berkata, parti itu tidak akan bertanding di kerusi Parlimen di negeri itu menggunakan logo PAS kerana ia sukar diterima pengundi bukan Islam.

Tambahnya, keputusan itu dibuat kepimpinan parti pusat.

Dalam mempertahankan Bersatu dan PAS tidak memberikan sebarang kerusi kepada parti itu dan memutuskan untuk menggunakan logo PN, pemimpin pusat Gerakan terbabit berkata, tidak perlu mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.

“Saya berpendapat tidak elok membuat pusingan U selepas membidas mereka (berhubung isu logo),” kata pemimpin itu yang tidak mahu dinamakan.



Katanya, Gerakan Kedah pada mulanya diperuntukkan kerusi Alor Setar dan Sungai Petani – kawasan bandar yang mempunyai pengundi bukan Melayu ramai – parti itu tidak ragu-ragu membenarkan PAS atau Bersatu mengambil alih kerusi itu.

“Kami tetap akan membantu mereka berkempen. Hubungan kami masih kuat,” katanya.

Semalam, Pengerusi PN Kedah, Sanusi Md Nor berkata, PAS akan bertanding di lapan kerusi di Kedah, manakala selebihnya akan ditandingi Bersatu.

Katanya, gabungan itu juga bersetuju menggunakan logo PN, bukannya PAS seperti yang dilaporkan sebelum ini.



“Sekarang di Kedah, logo kita sama, iaitu Perikatan Nasional, Jangan ada sesiapa beri ruang untuk musuh pecah belahkan kita atas perbezaan logo tadi,” katanya. FMT

Kami tetap tak tanding di Kedah walaupun guna logo PN – Gerakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker