Dia melampaui batas, mahu boikot calon DAP Parlimen Jerai

#PRU15

Dia melampaui batas, mahu boikot calon DAP Parlimen Jerai

Perbuatan bekas Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi disifatkan amat melampau sehingga tindakan pecat terpaksa diambil ke atasnya.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, berkata tindakan Phahrolrazi mendorong pimpinan parti itu pada peringkat negeri supaya memboikot calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Jerai, tidak boleh diterima sama sekali.

“Dalam AMANAH untuk mempunyai pandangan yang berbeza, tidak menjadi masalah, tetapi apabila menghasut untuk tidak bekerja pada pilihan raya umum (PRU) dan boikot PRU, maka ini bukan saja menjejaskan kepentingan parti tetapi juga PH secara keseluruhannya.

“Ia sekolah-olah mahu menyerahkan Kedah kepada pihak lawan. Dia melampaui batas dan kita terpaksa mengambil tindakan disiplin untuk menentukan bahawa usahanya memboikot PRU oleh pimpinan AMANAH Kedah, akan digagalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemecatan Phahrolrazi berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata biarpun tindakan sudah diambil, Phahrolrazi masih boleh mengemukakan rayuan kepada parti.

“Tindakan disiplin adalah perkara biasa dalam mana-mana parti, seseorang yang diambil tindakan disiplin kadang kala boleh kembali berada dalam parti dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Proses rayuan boleh dibuat,” katanya.

Terdahulu, AMANAH memecat keahlian Phahrolrazi kerana didapati melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata Phahrolrazi mengingkari keputusan dan melakukan perbuatan bertentangan dengan kepentingan parti.

Phahrolrazi dikatakan tidak berpuas hati apabila kerusi Parlimen Jerai diserahkan kepada DAP untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semalam, PH mengumumkan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, sebagai calon di kerusi itu, satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi DAP di Kedah.

Phahrolrazi tidak hadir di majlis berkenaan, yang diadakan di Sungai Petani dan turut dihadiri Mohamad. BH

Dia melampaui batas, mahu boikot calon DAP Parlimen Jerai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker