PSM kena ‘main’ dengan PH, kerusi Sungai Siput tinggal kenangan

Walaupun dengan tanda-tanda awal yang positif berhubung kerjasama pilihan raya dengan PSM, PH nampaknya tidak akan memberi laluan kepada parti itu di kerusi Parlimen Sungai Siput dalam PRU15.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat dengan kepimpinan tinggi PH semalam.

“Keputusan dibuat bahawa Sungai Siput, Tapah dan Sembrong diberi kepada PKR.



“Hasni akan bertanding di Sembrong, M Saraswati di Tapah dan S Kesavan di Sungai Siput.

“Saya berbincang (tentang perkara ini) dengan Rafizi (Ramli), (Anthony) Loke, Steven Sim, Mohamad Sabu dan Dr Hatta Ramli,” katanya ketika ditemui pemberita di Chemor, Perak hari ini.

Terdahulu, PSM sekali lagi menggesa PH untuk membuat keputusan sama ada pengerusinya Dr Michael Jeyakumar Devaraj dapat kembali bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput, sebagai sebahagian daripada kerjasama pilihan raya mereka.

Jeyakumar merupakan ahli parlimen di situ selama dua penggal, iaitu pada 2008 hingga 2018.



Pada PRU 2018, dia tewas di tangan Kesavan.

PSM kecewa dengan keputusan PH

Arutchelvan berkata PSM baru saja dimaklumkan berkenaan keputusan itu menerusi surat rasmi bertarikh 30 Oktober (hari ini) dari PH.

“Permintaan minimum PSM untuk kerjasama pilihan raya dengan PH telah ditolak sepenuhnya.



‘Dengan tiada satu kerusi pun yang diberikan, kami faham yang PH tidak mahu membuat kerjasama pilihan raya dengan PH.

“Kami kesal perkara ini dimaklumkan begitu lewat kepada kami, walaupun Rafizi buat kenyataan pada Jumaat lalu yang beberapa kerusi diperuntukkan kepada PSM dan Muda,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker