Piala Dunia 2022: Lelaki jalan kaki dari Sepanyol ke Qatar hilagn di Iran

MADRID: Niat seorang lelaki yang melakukan pengembaraan berjalan kaki dari Madrid ke Doha bagi menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022 tidak kesampaian apabila dia dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Keluarga Santiago Sanchez dari Sepanyol yakin lelaki itu ditahan di Iran.

“Kami dapat tahu dari Kementerian Luar bahawa terdapat kemungkinan 99 peratus Sanchez ditahan.



“Kami berharap Sanchez berada dalam keadaan selamat dan kami percaya dia kini ditahan di sebuah penjara di Teheran,” kata ibunya, Celia Cogedor.

Dalam pada itu, adik Sanchez juga sudah mengunjungi kementerian tersebut untuk mengetahui lebih lanjut keadaan abangnya.

“Setiap saat adalah berharga buat kami sekeluarga. Kami hanya berharap Sanchez sihat dan selamat.

“Kami bergantung kepada pihak berkuasa negara ini untuk membantu Sanchez,” ujarnya.



Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Sepanyol di Teheran sudah berhubung dengan pihak berkaitan kehilangan Sanchez, namun enggan memberikan butiran lanjut.

Kali terakhir Sanchez menghubungi keluarganya adalah pada 2 Oktober lalu, sehari selepas dia melepasi sempadan Iran-Iraq.

Lelaki berusia 41 tahun itu juga sebelum ini pernah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komunikasi mungkin menjadi sukar selepas dia tiba di Iran.

Sementara itu, sebuah organisasi hak asasi manusia di Iran memberitahu, Sanchez ditahan pihak berkuasa selepas dia mengunjungi kubur Mahsa Amini yang kematiannya mencetuskan pergolakan di negara terbabit. – AP



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker