Wong Tack Bidas Kenyataan DAP Tawar Kerusi Cameron Highlands

Wong Tack Bidas Kenyataan DAP

Penyandang kerusi Parlimen Bentong, Wong Tack membidas kenyataan DAP bahawa beliau ditawarkan bertanding di Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, jelas Wong menerusi satu kenyataan media, beliau dimaklumkan, Jawatankuasa DAP Negeri Pahang memutuskan untuk menolaknya sebagai calon di Pahang.



“Pimpinan DAP membuat kenyataan saya tidak digugurkan, sebaliknya ditawarkan untuk bertanding di Cameron Highlands. Ini tidak tepat sama sekali.

“Pada 16 Oktober, saya mendapat makluman bahawa Jawatankuasa DAP Negeri Pahang memutuskan untuk menolak saya daripada menjadi calon di Bentong.

Tambah Wong, perkara itu mengundang reaksi kurang senang terutama dalam kalangan ahli parti di Bentong.

“Mereka merasakan keputusan parti sangat tidak logik. Pasukan ini telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk berkhidmat kepada rakyat.



“Bentong adalah kawasan pilihan raya yang besar. Ia bersaiz dua setengah lebih besar daripada Singapura. Terdapat empat Dewan Undangan Negeri (DUN) – Ketari, Bilut, Pelangai dan Sabai,” katanya lagi.

Tegas Wong yang juga bakal bertanding di Parlimen itu atas tiket Bebas, jentera DAP Bentong telah bekerja keras membantu rakyat di kawasan itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Bagaimanapun DAP jelasnya menawarkan kerusi Cameron Highlands selepas beliau membuat pendirian kekal di Bentong, namun tetap ditolaknya.

“Saya memberitahu mereka bahawa saya akan menyampaikan apa yang dibincangkan dalam pertemuan dengan ahli akar umbi Bentong dan menghubungi mereka semula dalam masa 24 jam.



“Saya tidak turut serta dalam mana-mana puak atau kumpulan dalam parti. Saya tidak berminat dan tidak pernah bermain politik parti.

“Politik mestilah mengenai rakyat. Ia tidak sepatutnya menjadi permainan retorik, manipulasi atau strategi kosong semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

“Sudah tiba masanya untuk menanam batu asas untuk membina platform kuasa rakyat sebenar dalam politik, dan saya harap ia bermula dari Bentong,” katanya lagi.AA

Wong Tack Bidas Kenyataan DAP



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker