Subsidi terbesar dalam sejarah negara RM77.7 bilion – PM

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada beban kos sara hidup rakyat yang berhadapan pelbagai cabaran pada masa ini.

Beliau berkata, bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kerajaan telah menyalurkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.

“Daripada jumlah itu, subsidi untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak RM41.7 bilion; subsidi minyak masak paket satu kilogram dan minyak botol sebanyak RM3 bilion dan subsidi bil elektrik sebanyak RM5.8 bilion.



“Selain itu bantuan-bantuan lain seperti tunai, pendidikan, pengangkutan dan pertanian sebanyak RM25.7 bilion dan kepenggunaan lain-lain sebanyak RM1.5 bilion,”katanya ketika berucap pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada 15 keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat pandemik Covid-19.

Menurut Ismail Sabri, usaha membantu rakyat dilakukan berterusan apabila kerajaan membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia dengan peruntukan RM372.3 bilion.

Katanya, dalam mencapai aspirasi itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan bagi menyahut Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).



Tambahnya pelbagai inisiatif turut diberikan kepada semua peringkat daripada bayi, murid, pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, belia, wanita dan ketua isi rumah bagi meringankan beban mereka.

“Bajet ini bukan sekadar manifesto kerana mempunyai kewangan mencukupi untuk melaksanakannya, yang mencakupi keperluan semua lapisan masyarakat bagi memastikan tiada Keluarga Malaysia yang tercicir, sama ada di ceruk desa atau di bandar, B40, M40, pelajar, OKU, wanita, usahawan dan sebagainya, semua mendapat manfaat.

‘Insya Allah, segala inisiatif tersebut dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan yang saya terajui, diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya bajet ini dapat dibentangkan sekali lagi di
Dewan Rakyat, dibahaskan dan diluluskan,”katanya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker