Pemain Arsenal cedera ditikam dalam serang di Carrefour, seorang maut

Pemain Arsenal cedera ditikam dalam serang di Carrefour, seorang maut

MILAN – Seorang maut dan sekurang-kurangnya empat lagi cedera dalam kejadian tikaman di sebuah pasar raya Carrefour berhampiran Milan.

Media tempatan melaporkan, mangsa yang maut adalah seorang juruwang pasar raya Carrefour berusia 30 tahun selepas ditikam seorang lelaki.



Antara yang cedera ialah Pablo Mari, pemain bola sepak yang dipinjamkan dari Arsenal.

Seorang suspek berusia 46 tahun telah ditahan.

Namun, polis telah menolak sebarang motif pengganas dalam kejadian tersebut.

Ia kerana, suspek dikatakan mengalami masalah kesihatan mental.



Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang apabila suspek menikam orang ramai secara rawak di pasar raya yang terletak di sebuah pusat beli-belah.

Serangan itu menyebabkan orang ramai panik dan jeritan dilaporkan kedengaran di pusat beli-belah berkenaan.

Suspek ditahan oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian.

Mari, pemain pertahanan Sepanyol berusia 29 tahun, mengalami luka tikaman di belakang tetapi kecederaannya tidak mengancam nyawa.



Ketika kejadian, Mari bersama isteri dan anak lelakinya sedang membeli-belah. MG

Pemain Arsenal cedera ditikam dalam serang di Carrefour, seorang maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker