Mahathir terdesak, masih menagih simpati Muhyiddin walaupun ditolak

Mahathir menegaskan beliau sanggup melupakan ‘pengkhianatan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) demi menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, pihaknya percaya rakyat juga menginginkan penyatuan kedua-dua gabungan berkenaan untuk menjadikannya lebih kukuh menghadapi pilihan raya umum tersebut.

“Kita dengar rakyat meminta supaya parti-parti lawan ini patut bergabung barulah kita boleh kalahkan UMNO. Itu kehendak rakyat dan kita pun fikir tak apalah. Kalau pun dia (Muhyiddin) tikam belakang kita, kerana bangsa kita, negara kita, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bekerjasama dengan Muhyiddin.



“Kita sanggup (bergabung) walaupun dia ‘khianat’ saya. Tak apalah saya boleh lupakan perkara itu. Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin dalam partinya yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

“Dia (Muhyiddin) jawab apa? Dia tak nak kerjasama dengan sesiapa. Uii, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada majlis Rapat Umum GTA di sini malam tadi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN kelmarin menafikan sebarang perbincangan berjalan dengan GTA untuk menghadapi PRU15 sebaliknya gabungan itu membuat keputusan untuk kekal dengan parti komponen sedia ada.

Terdahulu, Dr. Mahathir memberitahu, GTA dalam proses berunding dengan PN termasuk berkaitan kerusi yang bakal ditandingi bagi memastikan tiada pertindihan.



Berucap lanjut kata Dr. Mahathir, pihaknya beranggapan agak sukar untuk PN meraih kemenangan mudah ketika gabungan itu mensasarkan untuk bertanding di semua Parlimen di seluruh negara.

“Kononnya dia  boleh menang. Dia nak letak calon 222 di semua kawasan supaya dia boleh menang dan dia akan jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kali kedua. Mana boleh letak calon sampai 222 kerusi. Takkan boleh menang 111 (Parlimen). Susah bagi dia,” katanya.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis itu bagaimanapun menjelaskan pihaknya terbuka menerima penolakan daripada PN itu kerana yakin dengan penyatuan GTA.

“Yalah, kita nak kerjasama tetapi orang tolak kita. Saya tahu rakyat suka lihat parti lawan bersatu. Baru boleh mudah kita kalahkan UMNO (BN). Tapi bila kita minta nak bersatu, mereka tolak.



“Kita tak tolak. Kita sedia. Bahkan dalam gerakan kita punyai empat parti yang sama dan kita bersatu,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker