‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)

‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)

PELAKON dan pengarah, Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann dikhabarkan sedang berbulan madu bersama dengan ‘bodyguard’ baru di sebuah resort yang terletak di Thailand.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, kelihatan seekor anjing yang merupakan ‘bodyguard’ oleh netizen menemani pasangan berkenaan ketika membuat klip video itu.



Ujar pelakon drama Syurga Nur itu, dia mengatakan anjing itu mempunyai persamaan dengan suaminya yang suka mengikuti dia ke mana sahaja.

“Sama saja macam Dini. Semua tempat dia nak ikut,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, warganet berpendapat anjing itu kononnya tidak disentuh oleh pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu malah ada yang mengatakan dia sengaja mengundang kontroversi.

“Jangan risau. Seekor anjing pun tahu Janna Islam dan tak akan sentuh Janna dan Dini sedang berbulan madu.



“Adoi dik. Kau punya post mengundang nau dik.

“Lah. ada ‘bodyguard’ pulak. Comel.

“Siap ada ‘bodyguard’. Lain macam bulan madu dia. Nak rasa selamat boleh, nak rasa seram pun boleh jugak ni.

“Hahaha, satu haram dipegang. Satu halal,” tulis beberapa netizen.



Namun begitu, tidak lupa juga kepada netizen yang mendoakan yang terbaik untuk pasangan itu turut menjelaskan anggapan mereka menerusi video terbabit.

“Happy honeymoon Janna.

“Alhamdulillah semoga berbahagia.

“Tepi pantai memang ada anjing yang jaga. Dia tak kacau orang.



“Anjing haiwan yang bijak, dia tau batas. Kalau kita katakan tidak pada dia, dia akan berhenti. Dia tak akan sentuh kita pun, tapi anjing yang jinak la. Kalau yang menggila kejar orang tu, orang akan lari juga,” tulisnya.

Pada 10 Jun lalu, Janna dan Dini telah selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah, Langkawi, Kedah.

View this post on Instagram



A post shared by Janna Nick (@jannanick)

‘Bodyguard’ teman Janna Nick & Dini Schatzmann berbulan madu (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker