Jentera Pas Tumpat ‘mogok’, nama Che Lah tak naik

TUMPAT – Jentera Pas Tumpat dilaporkan bertindak melakukan ‘mogok’ dengan memboikot gerak kerja Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas nama penyandang kerusi Parlimen kawasan itu Datuk Che Abdullah Mat Nawi atau Che Lah dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon.

Sumber mendedahkan tindakan itu bertujuan memberi isyarat kepada pucuk pimpinan tertinggi bahawa jentera di peringkat akar umbi mahu Che Lah terus diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai ahli Parlimen.

“Situasi itu dapat dilihat apabila kerja-kerja menggantung bendera parti kurang meriah berbanding PRU sebelum ini.



“Malah ada sesetengah kawasan langsung tak gantung bendera parti.

“Biasa petugas parti akan terus bersemangat sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, namun ‘aura’ itu semakin padam selepas nama Che Lah dikatakan tidak tersenarai sebagai calon,” katanya.

Beliau berkata, jika nama Che Lah tidak tersenarai sebagai calon PRU15 penyokong sudah membuat keputusan enggan keluar membuang undi.

Menurutnya, anak perantau juga memaklumkan mereka tidak akan balik untuk mengundi sekiranya pucuk pimpinan Pas Kelantan gagal menyelesaikan masalah ini.



“Situasi itu pasti akan memberikan kesan kepada Pas di Parlimen Tumpat. Saya difahamkan pucuk pimpinan akan membawa masuk calon ‘import’ dan sebagai orang yang selalu bersama akar umbi, tiada keperluan untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Ujar beliau, penyokong di peringkat akar umbi ‘bingung’ memikirkan perkara tersebut memandangkan Che Lah bekerja kuat untuk parti selain rapat dengan rakyat.

Tambahnya, hal ini kerana 85 peratus kepimpinan di peringkat akar umbi terutama cawangan Pas di Tumpat mahu Che Lah terus kekal sebagai calon ahli Parlimen.

“Saya lihat tiada keperluan untuk menukar Che Lah kerana beliau merupakan individu yang kuat bekerja dan cukup rapat dengan rakyat.



“Kami mahu pemimpin yang boleh susah senang bersama dan bukan bila menang batang hidung pun tidak nampak,” katanya.

Beliau berkata, bukan itu sahaja Che Lah turut disegani oleh penyokong parti lawan disebabkan sikapnya yang mesra termasuklah dalam kaum Cina dan masyarakat Siam di Tumpat.

Sumber berharap pucuk pimpinan parti dapat mengkaji semula keputusan itu kerana bimbang Pas akan tumbang di Tumpat.

“Ingat Tumpat adalah salah satu deposit tetap Pas di Kelantan. Kalau mahu BN tawan Tumpat silakan gugur nama Che Lah dan kami istiqamah dengan keputusan tidak akan bekerja untuk parti serta keluar mengundi,” tegasnya.



Pada PRU14 lalu, Che Lah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.

Beliau memperolehi undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003).

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker