Pendakwa raya sebak tengok video tular Bella

KUALA LUMPUR: Emosi salah seorang Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes pengabaian dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella terganggu selepas melihat dua rakaman video tular kecederaan remaja itu yang ditambah baik.

Selepas rakaman video itu ditayangkan, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas tiba-tiba memohon mahkamah menangguhkan prosiding buat seketika sebelum beliau dilihat menangis.

Terdahulu, Juruanalisa Unit Siasatan Audio Video Makmal, Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Mior Samsul Abd Rahman memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah baik kualiti video dan audio dua rakaman video tular yang mendedahkan keadaan Bella.

Ketika membaca pernyataan saksi, Mior Samsul berkata, beliau menerima permohonan analisis berkaitan kes tersebut sebelum peroleh barang kes itu yang merupakan sebuah telefon bimbit jenama Apple (iPhone) dan satu kad sim Maxis pada 22 Julai tahun lalu.

Selepas mendapat barang kes itu, saksi pendakwaan ke-10 itu telah menjalankan proses mengekstrak data dari telefon bimbit pada 9 Ogos 2021 dengan menggunakan perisian XRY dan memperoleh dua video berdurasi 6.32 minit dan 0.41 minit.

Menurutnya, atas permohonan pegawai penyiasat, beliau telah menjelaskan atau zoom and sharpen gambar dari video bertarikh 24 Jun 2021 menerusi perisian ‘Video Investigator’.

“Pada 25 November 2021 saya terima permohonan analisa seunit DVD-R supaya menjelaskan dan pegunkan video itu.

“Ia adalah membabitkan tarikh 12 Februari 2021 yang menunjukkan Bella berada di dapur; 21 Mei 2021, Bella di dapur sambil makan berdiri dan 22 Mei 2021, sambutan hari raya yang menunjukkan kesan kecederaan di muka dan leher Bella,” katanya.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Siti Bainun, 30, yang didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi kes bersambung 29 Jun ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker