[VIDEO] Kongsi Makeup Bertema Lontong, Netizen Puji Bakat Wanita Ini. Kreatif Sungguh!

Bila sebut saja makanan untuk hari raya, pasti macam-macam yang kita bayangkan bukan?

Bercakap tentang juadah di hari raya, mesti pelbagai jenis hidangan dan kuih-muih seperti rendang, tart nanas dan sebagainya terbayang di fikiran.

Kalau korang nak tahu, ramai wanita di serata laman sosial menjadikan menu Aidilfitri dan suasana lebaran menerusi solekan tau!



Antaranya, lampu raya ‘kelip-kelip’, bulan sabit, duit raya dan macam-macam lagi! Hah, macam tak percaya, kan?

Antara makanan yang famous adalah ketupat, rendang, kuih almond london, lontong dan banyak lagi yang sudah terbayang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila solekan seorang wanita mencuri tumpuan ramai.

Buat solekan bertemakan lontong sempena hari raya



Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang dikenali sebagai Faara sedang melakukan solekan bertemakan makanan popular di hari raya iaitu lontong.

Difahamkan, dia bukanlah bekerja sebagai make up artis (MUA), tetapi dia melakukan itu semua hanya sekadar suka-suka dan minat saja.

Dia juga memilih lontong kerana ia merupakan makanan kegemarannya di pagi raya. Namun disebabkan PKP, dia tidak dapat pulang ke kampung untuk rasa makanan tersebut. Oleh itu, dia melepaskan kempunannya menerusi hasil solekan. Sangat kreatif!

Lihat video penuh disebalik tabir solekan itu di bawah:

“5 kali tengok baru perasan tu muka, hebat lah” – Netizen



Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji dan kagum dengan bakat yang ditonjolkan oleh wanita itu kerana ia bukanlah satu solekan yang mudah untuk dihasilkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 149.5K views, 7,985 likes dan 171 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)



Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)

Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)

Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)

Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)



Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)

Image from @faaraiska (TikTok)

Image via @faaraiska (TikTok)

Bukan setakat make up lontong sahaja tau, tetapi gadis ini juga turut berkongsi kemahirannya menata rias pelbagai jenis solekan diilhamkan dari karakter kartun terkenal, watak filem Hollywood dan banyak lagi, di TikTok.



 

Hebat lah sis ni, tiba-tiba jadi lapar pula tengok makanan tu :P-Seismik

[VIDEO] Gadis Iran Dipenjara 10 Tahun Gara2 Solek Dan Sunting Diri Seperti Zombi Angelina Jolie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker