Noor Azmi tanding Bebas jika disisih PN

#PRU15

Noor Azmi tanding Bebas jika disisih PN

BAGAN SERAI: Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, memberi bayangan akan bertanding sebagai calon Bebas di Bagan Serai, sekiranya tidak dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini belum ada jawapan mengenai kedudukan calon yang bakal diletakkan di kerusi itu bagi mewakili PN.

“Setakat ini, tiada mana-mana pihak yang boleh menyatakan bahawa telah dipilih oleh kepemimpinan tertinggi PN.

“Pada masa ini belum ada keputusan dari pucuk pimpinan parti. Saya percaya senarai nama calon yang bakal bertanding akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

“Saya masih lagi berpegang kepada prinsip janji iaitu penyandang dikekalkan bagi mempertahankan kerusi ini, apatah lagi saya adalah anak tempatan di sini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.

Ketika ditanya pemberita sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk Parlimen Bagan Serai, beliau akur terhadap kehendak dan takdir yang ditentukan oleh Allah SWT.

Beliau yakin sekiranya dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi ini mampu meraih kemenangan buat Perikatan Nasional (PN) di atas beberapa sentimen yang sedia ada di kawasan ini.

“Sepanjang dua penggal menyandang kerusi ini, saya dapati bahawa rakyat Bagan Serai mempunyai sentimennya tersendiri iaitu lebih mengutamakan calon tempatan daripada calon luar.

“Mengambil kira diatas faktor keutamaan itu dan memahami apa kehendak rakyat di sini, saya percaya dan yakin, insya Allah saya mampu meraih kemenangan di kerusi ini.

“Tapi saya tak tahulah di Parlimen Bagan Serai, mana tahu kalau ada orang tiba-tiba nak bertanding Bebas kan, anak tempatan nak bertanding Bebas mungkin faktor keutamaan anak tempatan juga mampu menang,” katanya. BH

Noor Azmi tanding Bebas jika disisih PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker