Polis buru dua suspek belasah lelaki di Flat San Peng [VIDEO]

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian membelasah seorang lelaki dalam kejadian di Flat San Peng di sini pada 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis turut mengesan satu video berdurasi 48 saat yang menunjukkan seorang individu cedera di bahagian kepala dan muka tular di media sosial pukul 11.53 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 malam (pada 26 Oktober lalu) membabitkan sekumpulan individu di flat berkenaan.



“Kami ada menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 8.59 malam tadi (semalam) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Noor Dellhan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Jelas Noor Dellhan, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Sekiranya orang awam terdapat sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker