Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak.

Menurut Presiden Mapim, Mohd.Azmi Abdul Hamid, pihaknya berpendirian sedemikian berpunca dari kenyataan Rishi yang telah menggelar Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota bersejarah Israel’ dan pendiriannya yang berikrar untuk memerangi gerakan ‘Boycott, Divestment and Sanctions’ (BDS) oleh rakyat Palestin terhadap rejim Zionis.

“Rishi yang merujuk negara Yahudi sebagai ‘suar harapan yang bersinar,’ menyatakan keazaman untuk menghapuskan ‘bencana’ antisemitisme adalah gambaran bagaimana Perdana Menteri United Kingdom (UK) kekal sebagai penyokong konsisten Yahudi Zionis sejak Deklarasi Belfour.

“Pengisytiharan Rishi sebagai penyokong kuat Israel dan rakan komuniti Yahudi UK bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sesiapa yang duduk di kerusi Perdana Menteri hanya akan disokong jika pendirian menyokong Israel diterima sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini, Rishi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Perdana Menteri Britain berketurunan India pertama dan termuda dalam arena politik negara ini.

Kejayaan Sunak turut diraikan pemimpin dan rakyat India termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi, apabila laman sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pemimpin berusia 42 tahun itu yang memperoleh kejayaan istimewa ketika perayaan Deepavali disambut di seluruh dunia.

Mohd. Azmi berkata, Rishi mengambil inisiatif Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai “ibu kota bersejarah yang tidak dapat dipertikaikan” Israel.

Jelas Mohd.Azmi lagi, UK kembali mengembalikan peranannya untuk memperjuangkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan bersedia untuk menjadi alat di bawah Israel.

“Kami mengingatkan Rishi bahawa dia bermain dengan api semasa menjadi Perdana Menteri.

“Mengisytiharkan sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Israel dalam beberapa hari pertama memegang jawatan menandakan bahawa UK akan berkonfrontasi dengan umat Islam di UK dan dunia,”katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menyeru semua umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan menentang Perdana Menteri fasis UK.

Beliau menambah, pengisytiharan perangnya terhadap BDS dan anti-semitisme menggambarkan kesediaannya untuk menjadi PM boneka bagi zionis Israel.

“Kami menuntut apa-apa dasar yang akan dia lakukan dalam mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel mesti ditentang dalam tempo yang paling kuat,”katanya. Utusan

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker