Skim piramid: 7 ditahan, wang hampir RM1 juta dan 9 kereta mewah disita
Skim piramid: 7 ditahan, wang hampir RM1 juta dan 9 kereta mewah disita
Tujuh individu, termasuk seorang warga Taiwan, yang disyaki terlibat dalam aktiviti skim piramid ditahan dalam serbuan operasi bersepadu “Op Reward” di sebuah pusat perdagangan di Jelutong, Pulau Pinang pada Rabu lepas.
Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, empat kediaman yang didiami suspek di sekitar Pulau Pinang dan Kedah turut diserbu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati syarikat terbabit menjalankan dan mempromosi skim itu kepada orang awam menerusi aplikasi dalam talian dan penjualan pakej tertentu sejak beberapa tahun lalu.
“Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan menyita pelbagai dokumen, komputer riba dan telefon bimbit yang berkaitan bagi membantu siasatan bersama ini.
“Sembilan kenderaan mewah serta pelbagai beg tangan berjenama milik suspek turut disita, selain 38 akaun di tujuh bank dibekukan serta wang tunai keseluruhan RM967,720.29 disita,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Operasi itu dijalankan Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, disertai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara (BNM), polis serta Cyber Security.
Azman berkata, syarikat terbabit disyaki aktif melakukan aktiviti itu di beberapa negeri, seperti Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Sarawak, selain dikesan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain.
Kes disiasat di bawah Subseksyen 4 (1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP 1993) iaitu menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen dan Seksyen 27B AJLSAP 1993, iaitu mempromosikan atau menjalankan skim piramid.
Semua suspek turut disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 kerana disyaki melakukan aktiviti pengubahan wang haram. FMT
Skim piramid: 7 ditahan, wang hampir RM1 juta dan 9 kereta mewah disita
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat
You must be logged in to post a comment.