2 Rumah Sederet Musnah Terbakar Di Taiping

2 Rumah Sederet Musnah Terbakar Di Taiping

TAIPING: Dua buah rumah sederet musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Permaisuri Aulong, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.25 tengah malam.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dengan dibantu BBP Kamunting, kemudiannya bergegas ke lokasi.



“Kebakaran membabitkan dua buah rumah kelas B, iaitu sebuah rumah berkeluasan 20×40 dan sebuah lagi 20×60, masing-masing musnah terbakar 80 peratus.

“Bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya melakukan kerja pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 200 kaki dua pancutan air dari tangki jentera, serta dibantu anggota BBP Kamunting sehingga api padam sepenuhnya.



Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Yusrizal Abu Bakar itu tamat pada jam 2.30 pagi. AA

2 Rumah Sederet Musnah Terbakar Di Taiping

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker