Annuar teringin jadi calon lagi
#PRU15
Annuar teringin jadi calon lagi
Ketua Umno Ketereh Annuar Musa menyuarakan hasrat menjadi calon pada PRU15, namun segala keputusan terserah kepada pucuk pimpinan parti.
“Sebenarnya ramai bukan saya saja sentiasa teringin menjadi calon. Kalau kita mempunyai keinginan untuk berkhidmat, maka kena ada keinginan untuk menjadi calon.
“Itu keinginan. Tetapi sama ada menjadi calon mewakili parti, maka parti yang menentukan, bukan kita,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022.
Terdahulu, ketika berucap dalam majlis itu, Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, beliau masih tegak berdiri ingin menjadi calon walaupun sudah lapan kali menyertai pilihan raya.
“Sebab kata orang, politik adalah suatu bidang yang boleh memberi kenikmatan. Masuk politik nak keluar payah.” katanya.
Ditanya mengenai peratus kemenangan parti itu di Ketereh, Annuar berkata, ia bergantung kepada pendirian rakyat di kawasan itu dan beliau yakin terhadap keputusan yang akan diambil oleh pengundi nanti.
“Para pengundi di Ketereh cukup bijak dan saya percaya kali ini sama juga. Cuma sesiapa yang menjadi calon nanti perlu berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab seperti yang diharapkan rakyat.
“Setakat ini… Ketereh itu insyaallah…orang Ketereh semua baik-baik belaka,” tambahnya.
Annuar menjadi wakil rakyat Ketereh selama dua penggal selepas menang atas tiket BN pada PRU13 dan PRU14. FMT
Annuar teringin jadi calon lagi
Baca Artikel Menarik:
- BN mampu menang PRU15 jika…
- Oktovia Manrose hadir majlis ilmu Ustazah Asma, peminat sejuk mata tengok
- Tajuddin hadir acara Zahid di sebalik penggantungan
- Dakwaan dipukul polis trafik, pemandu treler ditahan
- Hanipa digugur menjelang PRU15?
- Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit
- Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail
- Budak sekolah kongsi duit sertai parti liar dalam banglo
- Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura
- Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
- Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah
- Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?
- Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi
You must be logged in to post a comment.