Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran

Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran

Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu menggaru tapak kakinya dengan garfu. – Instagram

WASHINGTON – Seorang wanita yang menaiki sebuah kapal persiaran di Amerika Syarikat menerima kecaman orang ramai kerana dirakam menggaru tapak kakinya dengan garfu, lapor laman berita Detik.

Kejadian dirakam di dalam restoran di atas kapal persiaran Carnival Cruise Line, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lucky_charmedcourt menunjukkan wanita terbabit sedang menggaru tapak kakinya sebelum makan sepotong piza menggunakan tangan yang sama.

Situasi bertambah buruk apabila dia menggunakan garfu untuk menggaru kakinya yang dilihat mengalami iritasi atau masalah kulit.

Rakaman itu mencatatkan lebih 15,.8 juta tontonan dan menerima pelbagai reaksi.

“Saya akan membawa sudu garfu sendiri ke restoran selepas ini,” kata seorang netizen. – AGENSI

Wanita garu kaki ‘berkerak’ guna garfu makanan dalam restoran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker