Tiada perpecahan antara saya dan Zahid – Ismail

Tiada perpecahan antara saya dan Zahid – Ismail

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai sebarang isu atau berlaku perpecahan seperti dakwaan atau tohmahan sesetengah pihak.

Naib Presiden Umno itu berkata adu domba mengenai perkara tersebut adalah lebih kepada misi untuk memecahkan mereka yang kelak menguntungkan pihak bertanggungjawab membuat tohmahan terutama pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya beri jaminan tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid Hamidi tetapi (wujud) ‘nasi-nasi tambah’ di luar sana sebenarnya kerana apabila kita berpecah, yang untung mungkin mereka.

“Pepatah Melayu menyatakan ‘antan sama antan berlaga, ayam di tepi kekenyangan.’ Kita berlaga, dia untung. Jadi marilah kita bersatu, biarkan dia yang rugi,” katanya semasa melancarkan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN di Kompleks Umno Bagan Datuk hari ini yang dihadiri pelbagai lapisan pemimpin komponen, parti serta masyarakat setempat.

Ismail Sabri berkata apabila timbul pelbagai perkara dan persepsi luar berkaitan fitnah perpecahan tersebut, beliau dan Ahmad Zahid duduk berbincang bagi menghentikan serta menepis persepsi jahat itu.

Justeru, beliau berkata adalah penting bagi BN untuk terus bersolidariti mengukuhkan perpaduan yang ada agar tidak lemah diserang tohmahan mana-mana pihak khasnya kem pembangkang. Mk

Tiada perpecahan antara saya dan Zahid – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker