PM umum RM181.5 juta Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 kepada 74,949 peserta Felcra Berhad

PM umum RM181.5 juta Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 kepada 74,949 peserta Felcra Berhad

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022, berjumlah RM181.5 juta kepada seramai 74,949 peserta Felcra Berhad di seluruh negara.

Menurut beliau, inisiatif itu berikutan kejayaan Felcra Berhad dalam melaksanakan pembangunan tanah terbiar apabila berjaya menaikkan nilai tanah luar bandar melebihi 204 ribu hektar yang memberikan manfaat kepada lebih 103,000 peserta di seluruh negara.



Jelas Perdana Menteri, bayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai 17 Oktober 2022 dan boleh digunakan oleh peserta Felcra Berhad untuk kegunaan pelbagai perkara.

“Saya juga gembira kerana Felcra Berhad berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1 peratus berbanding prestasi pada tahun lalu.

“Ini sekali gus membuktikan kecekapan Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus tadbir ekonomi negara dan sekali lagi syabas dan tahniah saya ucapkan.

“Saya pernah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Felcra berada di bawah saya, ada banyak masalah hutang bagi peserta Felcra yang tak pernah selesai dan tidak dapat diselesaikan kerana terdapat projek di bawah Felcra yang tidak berdaya maju,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama-sama peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil RISDA, Tok Batin dan Penghulu Orang Asli di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) hari ini.

Baca lagi: Tiada paksaan UMNO Bahagian untuk sokong Ismail Sabri sebagai PM10

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, bagi pekebun kecil RISDA, bantuan berupa geran sekali bayar atau ‘one-off’ berjumlah RM15,000 dengan pecahan RM10,000 untuk pembelian peralatan dan RM5,000 untuk tujuan latihan, telah disediakan untuk golongan belia pekebun kecil.

Selain itu, jelas beliau, bagi membantu pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh yang diunjurkan berlaku akhir tahun ini, Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM191 juta Bantuan Musim Tengkujuh melibatkan seramai 232,319 pekebun kecil RISDA dengan kadar RM600 yang akan diagihkan pada bulan November dan Disember ini.



“Pada tahun 2023, Kerajaan Keluarga Malaysia akan menyediakan peruntukan ini dengan peningkatan kepada RM800, selain turut dipanjangkan kepada pekebun kecil di bawah FELDA.

“Untuk itu, sokongan berterusan kepada Kerajaan serta mandat yang baru perlu diberikan supaya hasrat ini dapat direalisasikan,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, sehingga Disember lepas terdapat 323 projek dengan keluasan 22,173 hektar telah dikenalpasti sebagai projek yang kurang berdaya maju dari segi penghasilannya dalam memberi pulangan pendapatan kepada peserta.

Katanya, beliau difahamkan perkara itu oleh Pengerusi Felcra yang memohon kepada Kerajaan supaya menghapus kira hutang tersebut.



“Secara peribadi, saya pada dasarnya bersetuju menghapus kira hutang para peserta dan ia akan melibatkan RM233.8 juta.

“Walaupun saya telah bersetuju, namun ia masih perlu dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan. Innsya-Allah, ia akan dilakukan jika saya terus diberikan kepercayaan untuk mentadbir negara,” katanya. Utv

PM umum RM181.5 juta Jumlah Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2022 kepada 74,949 peserta Felcra Berhad


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO



Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker