Shahril Hamdan calon BN di Parlimen Jasin?
#PRU15
Shahril Hamdan calon BN di Parlimen Jasin?
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, antara nama yang disebut-sebut dicalonkan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Shahril, 36, yang Naib Ketua Pemuda UMNO dan Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, ‘muka baharu’ dalam politik tetapi dijangka menjadi calon popular apabila kerap menyuarakan beberapa isu berkepentingan rakyat dan politik.
Beliau mula dikenali pada PRU-14 apabila menjadi calon muda BN di Parlimen Kuala Langat, namun tewas kepada Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, yang menang dengan majoriti 17,112 undi.
Pencalonan Shahril dianggap satu tindakan yang tepat, tambahan pula beliau bukan ‘orang luar’ kerana dikatakan mempunyai keluarga rapat di Kampung Bukit Katong, Rim, Jasin.
Selain Shahril, beberapa nama lain turut disebut-sebut sebagai calon bertanding di kubu kuat BN itu, selepas penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Hamzah, membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU kali ini bagi memberi peluang kepada BN menampilkan muka baharu dan membawa suara rakyat kawasan itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Antara nama besar adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, namun kelmarin, Mohamad mengesahkan beliau akan bertanding di Rembau.
Kerusi Parlimen Jasin ini pastinya menjadi tumpuan ramai, susulan beberapa nama lain yang dilihat berpotensi sebagai calon dan keputusan PRU-14 yang menyaksikan kemenangan tipis BN di kubu kuatnya itu.
Pada PRU-14, Ahmad hampir tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, selepas hanya mendapat majoriti 219 undi.
Untuk PRU-15 ini, Ketua UMNO Bahagian Jasin, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman dan timbalannya, Datuk Roslan Ahmad, bekas ADUN Merlimau, juga disebut-sebut berpotensi sebagai calon di Parlimen itu.
Kedua-duanya tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tahun lalu.
Selain itu, ADUN Merlimau, yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Penerangan UMNO Jasin, Datuk Sharul Azuwar Abd Aziz, turut disebut-sebut layak dicalonkan.
Namun, keputusan pencalonan terletak di tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengambil kira sokongan kepada BN yang dijangka pulih susulan perubahan suasana politik ketika ini.
Sementara itu, pada Persidangan UMNO Bahagian Jasin semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, meminta semua pihak untuk menerima siapa sahaja calon yang dinamakan pucuk kepemimpinan parti untuk kerusi Parlimen Jasin.
“Jangan kita sabotaj calon yang dinamakan oleh pucuk kepemimpinan parti. Yang penting, BN mesti menang, sekali gus mempertahankan kerusi Jasin daripada jatuh ke tangan pembangkang.
“Jangan ada dalam kalangan kita yang menjadi `gunting dalam lipatan’ sehingga menyebabkan calon kita kalah. Individu yang menjadi pengadu-domba ini perlu disingkirkan segera daripada parti,” katanya. BH
Shahril Hamdan calon BN di Parlimen Jasin?
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu