Ketua Menteri P Pinang pula bidas MB Kedah

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan kenyataan beliau berhubung isu tuntutan RM100 juta setahun oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah berasaskan peruntukan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan sama ada kenyataan balasnya terhadap tuntutan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor semalam adalah salah di sisi undang-undang.

“Saya kata Kerajaan Persekutuan tidak perlu bayar luar daripada apa-apa perjanjian.



“Sebab ini negara yang ada undang-undang, apakah salah kalau saya kata ikut undang-undang sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Komtar, di sini hari ini.

Rabu lalu, Muhammad Sanusi mendedahkan Kerajaan Negeri Kedah memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya royalti pajakan Pulau Pinang dinaikkan kepada RM100 juta.

Menurut Muhammad Sanusi, permohonan itu telah dinyatakan kepada Kementerian Kewangan supaya perkara tersebut dimasukkan ke dalam Bajet 2022 yang dibentangkan Kerajaan Persekutuan, semalam.

Semalam, Menteri Besar Kedah itu turut meminta Kon Yeow supaya  tidak perlu campur tangan terhadap tuntutan Kedah bagi mendapatkan royalti pajakan Pulau Pinang itu.



Dalam reaksinya berhubung permintaan Kedah itu, Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membuat sebarang bayaran pajakan kepada Kedah.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang tetap dengan pendirian Kerajaan Persekutuan tidak perlu membayar jumlah yang luar daripada perjanjian.

“Pulau Pinang tidak ada peranan dalam perkara ini, bukan Pulau Pinang yang membayar.

“Kerajaan Persekutuan juga tidak perlu bayar luar daripada apa-apa perjanjian sekiranya ada, kalau ada perjanjian ikut perjanjian, tidak perlu bayar lebih,” katanya.



Ketua Menteri P Pinang pula bidas MB Kedah

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kabient tolak ‘wiski timah’, produk undang keresahan rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker