Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
#PRU15
Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Bekas ADUN PAS Bukit Pasir, Najib Lep memilih untuk menyertai Umno kerana mendakwa perlembagaan parti Melayu itu meletakkan Islam di peringkat tertinggi.
Najib yang menyertai Umno Mei lalu turut menolak dakwaan beliau menyertai parti itu kerana mahu bertanding semula pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Umno di Pagoh tak ketandusan pemimpin, mereka ada pemimpin kelayakan tinggi. Saya orang baru, bergantung pada pengalaman Adun, saya tak letak sasaran masuk Umno sebab nak tanding,” katanya kepada FMT.
Untuk rekod, Najib adalah satu-satunya wakil PAS di DUN Johor sebelum dibubarkan pada 22 Januari lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Pada PRN Johor, PAS menggugurkan keahlian Najib dari parti itu selepas memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas selepas namanya tidak disenaraikan sebagai calon.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika itu berkata, keputusan Najib yang sekaligus menentang calon PAS Nur Iqbal Abd Razak mewakili Perikatan Nasional itu bertentangan dengan arahan dan keputusan parti.
Pada PRN itu calon BN, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memenangi kerusi Bukit Pasir dengan memperoleh 6,048 undi menewaskan Najib yang mendapat 1,860 undi dan Iqbal (5,850) serta tiga calon lain.
Mengulas lanjut, Najib berkata, dia bersama 100 lagi ahli PAS lain yang menyertai Umno kerana ingin membuka cawangan baharu di Bandar Universiti Pagoh.
“Ramai (ahli PAS masuk Umno) sebab kalau dalam Umno, nak wujudkan cawangan kena ada 50 orang ahli baru.
“Saya dah ada lebih 50 ahli baru yang belum pernah masuk Umno. Dalam masa sama ahli-ahli lain yang mengikuti saya,” katanya. FMT
Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Baca Artikel Menarik:
- Atu Zero menyanyi bersama Blackpink?
- Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN
- Anne Ngasri bantu jentera parti
- Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO
- BN sasar sekurang-kurangnya 112 kerusi – Tok Mat
- 200 kerusi disedia, hanya 50 hadir perhimpunan pra-Deepavali PH
- Saya bantah kerana ini kerja gila – Johari
- Latiff takut nak bertanding?
- Tengku Zafrul dedahkan sebab sertai BN bukan PN
- Isu CIkgu Mohd Fadli, Ismail Sabri terus hubungi Ketua Pengarah Pendidikan
- PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi
- Siasah UMNO Berakar Umbi… Jangan Lupa Hinaan Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam
- Zahid Hamidi umum BN bakal bertanding 191 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”
Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO
Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu