Tular gambar lama banjir agenda semai kebencian – Asyraf

#PRU15

Tular gambar lama banjir agenda semai kebencian – Asyraf

Biarpun belum ditetapkan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah ada pihak mula memainkan dan menyemaikan sentimen dengan niat tidak baik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ada pihak menyebar gambar banjir yang berlaku pada beberapa tahun lalu bagi menimbulkan kebencian rakyat.

Menurutnya, foto tersebut sebenarnya keadaan wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II yang digenangi banjir pada 2014.

“Jika seandainya ia benar-benar berlaku maka Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) di bawah peruntukan dan akta berkuasa menangguhkan proses pengundian di kawasan-kawasan yang terlibat.

“Malah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh sahaja mengisytiharkan darurat bencana jika musibah teruk melanda.

“Sepatutnya lebih molek kita berdoa agar Allah lindungi rakyat semua daripada musibah banjir,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Jelas Asyraf Wajdi, kerajaan masih berfungsi untuk menangani musibah itu jika ia terjadi.

“Lagipun yang berkempen bukannya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta kakitangan hospital tetapi jentera parti,” tegas beliau. Sinar

Tular gambar lama banjir agenda semai kebencian – Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker