Ada jawatan bukan jaminan dipilih sebagai calon
#PRU15
Ada jawatan bukan jaminan dipilih sebagai calon
Memegang jawatan dalam parti bukanlah jaminan untuk mana-mana individu dipilih sebagai calon mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keutamaan akan diberikan kepada calon yang boleh membawa kemenangan kepada parti, walaupun individu terbabit tiada jawatan tertentu.
“Bagi parti, kemenangan itu adalah keutamaan kita…jika sesuatu calon itu boleh membawa kemenangan, kita akan bagi dia peluang untuk bertanding mewakili parti.
“Dalam hal ini (calon dipilih mewakili BN) ada kalangan pemegang jawatan dan tidak semestinya mereka yang ada memegang jawatan (dipilih sebagai calon).
“Ada juga mereka daripada luar dan tidak memegang jawatan pun boleh diberikan pertimbangan, tetapi ini peringkat pertimbangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Bangunan UMNO di sini.
Mesyuarat itu dihadiri semua lapan ketua bahagian UMNO di Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, UMNO dan BN akan membuat penilaian menyeluruh terhadap individu yang akan disenaraikan untuk dicalonkan mewakili parti pada PRU15.
Beliau berkata, penilaian akan dibuat pucuk pimpinan parti secara ketat dan tidak semestinya hanya membabitkan senarai dikemukakan UMNO di peringkat bahagian.
Katanya, setiap bahagian (bahagian UMNO) diminta menghantar senarai calon masing-masing dan senarai itu dikumpulkan oleh perhubungan (perhubungan UMNO negeri) sebelum dimajukan kepada ibu pejabat.
“Pada pusingan pertama ini, ibu pejabat akan mengambil maklum terhadap senarai nama kemukakan dan penilaian akan dilakukan.
“Tidak semestinya mereka yang disenaraikan itu sahaja dinilai,” katanya. FMT
Ada jawatan bukan jaminan dipilih sebagai calon
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau