Buaya sesat dalam longkang taman permainan

Buaya sesat dalam longkang taman permainan

Buaya sepanjang kira-kira 3m ditemui di dalam longkang di kawasan taman permainan di Taman Serambi, Petra Jaya Kuching, Sarawak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata kemunculan buaya itu disedari penduduk sebelum melaporkan kepada bomba.

Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan pada 10.16 pagi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat seekor buaya berada di dalam longkang di taman permainan berkenaan.

“Anggota bomba berjaya mengikat mulut buaya itu bagi mengelak risiko tindakan agresif reptilia terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, buaya itu diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Katanya, buaya itu dipercayai datang dari sungai berdekatan dan tersesat sehingga ke taman permainan di kawasan perumahan itu. HM

Buaya sesat dalam longkang taman permainan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker