Jangkitan COVID-19 tinggi seminggu lagi

Jangkitan COVID-19 tinggi seminggu lagi

Malaysia dijangka mencapai kemuncak jangkitan harian dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata pihaknya berharap selepas itu, kes harian akan menurun.



“(Persoalan) sama ada kita sudah mencapai kemuncak kes atau sebaliknya, saya fikir kita akan mencapai kemuncak, di Lembah Klang, dalam tempoh seminggu dua ini.

“Kita berharap akan ada penurunan kes selepas itu,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), secara maya, hari ini.

Sabtu lalu, negara merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 17,786 kes positif, menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 1,113,272 kes positif COVID-19, sejak Januari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, Selangor menyumbang sebanyak 6,400 kes positif baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,962 kes.



Semalam, daripada 17,150 kes dilaporkan, Selangor menyumbang sebanyak 6,326 kes baharu diikuti Kuala Lumpur dengan 2,086 kes.

Berita lanjut menyusul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Jangkitan COVID-19 tinggi seminggu lagi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker