Pukul anggota Rela sampai mati, seorang lagi individu diberkas

Seorang lagi individu diberkas berhubung kejadian seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipukul sehingga maut dalam kejadian di sebuah flat di Damansara di sini pada 8 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 24 tahun itu diberkas kira-kira jam 10.30 malam pada Isnin.

“Suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan di sekitar kawasan Penchala.



“Suspek yang didapati positif dadah jenis methapatamine itu direman tujuh hari untuk siasatan,” katanya kepada media pada Selasa.

Ahad lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sekitar Kota Damansara berhubung kes berkenaan.

Susulan tangkapan itu, polis turut merampas baju-T warna hitam, sehelai seluar jean pendek warna kelabu, seutas tali pinggang dan sepasang kasut dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang lelaki yang juga merupakan anggora Rela maut selepas dikejar dan dipukul dua beradik dipercayai mabuk di hadapan rumah mangsa di sebuah flat di Damansara.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)



Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker