Ibu, bayi maut kereta bertembung

Ibu, bayi maut kereta bertembung

Ipoh: Ibu dan bayinya maut manakala seorang parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan yang bertembung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini tengah hari tadi.

Wanita berusia 23 tahun dan bayinya berusia tiga bulan yang menaiki kereta Perodua Myvi disahkan maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berhubung kejadian pada jam 12.46 tengah hari sebelum anggota bergegas ke lokasi.

“Terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Myvi, seorang lelaki berusia 23 tahun cedera parah tersepit di bahagian pemandu, manakala dua mangsa lagi disahkan maut di lokasi kejadian oleh kakitangan perubatan yang tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, manakala seorang mangsa lelaki dari kereta Mercedes Benz mengalami cedera ringan.

Katanya, anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan anggota (EMRS) memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan.

“Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Keseluruhan operasi tamat pada jam 2.54 petang,” katanya. HM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker