BN Selangor pertaruh 21 muka baharu bagi kerusi Parlimen PRU15

BN Selangor pertaruh 21 muka baharu bagi kerusi Parlimen PRU15

Barisan Nasional (BN) membayangkan akan mempertaruhkan 21 muka baharu bagi kerusi Parlimen di Selangor menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Selangor, Noh Omar berkata BN hanya menang dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang lalu dan sudah tentu semua muka yang akan diletakkan adalah muka baharu kerana calon yang lain tewas.



“Di Selangor kalau (kerusi) Parlimen mana ada muka lama. Saya seorang sahaja.

“Yang lain muka kalah. Jadi kalau Selangor ini yang lain muka baharu sebab semua kalah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran RAKYATpreneur dan Bank Rakyat UNIpreneur bagi tahun 2022.

Untuk rekod, pada PRU14, BN menang dua kerusi Parlimen iaitu di Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang menang atas tiket BN keluar parti dan menyertai Bersatu pada 2019.



Dalam pada itu, Noh berkata, BN Selangor bersedia bergerak solo bagi menghadapi PRU15 sekaligus menguburkan hasrat kerjasama dengan PAS.

Beliau berkata syarat yang ditetapkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang memberi kata dua kepada PAS adalah wajar.

“Arahan atas (Majlis Kerja Tertinggi Umno). Kita akur kalau arahan kata solo, kita solo.

“Kita memang memang nak kerjasama dengan PAS. Tetapi kita maklum PAS masih nak bersama Perikatan Nasional (PN),” katanya.



Tambahnya, PAS perlu memilih satu antara mahu kerjasama dengan Umno atau PN.

“Penyatuan ummah juga bermula dengan Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Sementara itu, BN Selangor hanya akan menamakan ‘poster boy’ setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Kalau ada bubar DUN baru ada ‘poster boy’. Kalau DUN tak bubar mana ada ‘poster boy’.



“Terpulang kepada kerajaan negeri untuk putuskan (bubar DUN),” katanya. FMT

BN Selangor pertaruh 21 muka baharu bagi kerusi Parlimen PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker