Pemandu e-hailing ditemukan mati dalam kereta

Pemandu e-hailing ditemukan mati dalam kereta

KUALA NERUS: Seorang pemandu e-hailing yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemukan mati di dalam kenderaannya di Kampung Tok Jembal di sini, semalam.

Rosmali Abdul Rahman, 44, ditemukan isterinya yang terserempak dengan kereta suaminya itu di tepi jalan berhampiran Pantai Tok Jembal kira-kira pukul 7.15 malam.



Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis daripada isteri Rosmali selepas mangsa tidak pulang sejak Ahad lalu.

“Isteri mangsa memberitahu suaminya keluar dari rumah mereka di kuarters guru sebuah sekolah menengah di Kuala Nerus kira-kira pukul 8.45 pagi untuk memulakan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing.

“Namun Rosmali tidak pulang selepas 24 jam dan panggilan telefon daripada isterinya juga tidak terjawab sebelum dia membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Rahim memberitahu, mangsa ditemukan ketika isterinya ternampak kereta suaminya itu sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.



“Polis mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan pada kenderaan atau mayat mangsa dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. Utusan

Pemandu e-hailing ditemukan mati dalam kereta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun



Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker