Apa Sahaja Alasan Yang Ada Akan PH Guna Untuk Lengahkan PRU

Oleh Tun Teja

PRESTASI teruk Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah selama 22 bulan menjadikan mereka berada dalam ketakutan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Rata-rata penyokong PH yang mengundi mereka dalam PRU14 yang lalu sudah mengistiharkan tidak akan keluar mengundi dalam PRU15 ini.

Perkara tersebut memang disedari pemimpin kanan pakatan tersebut. Oleh itu, PH menolak PRU15 diadakan segera tetapi dalam masa sama mereka giat berkempen seolah-olah PRU akan diadakan esok.



Apa sahaja alasan yang melintas difikiran telah digunakan untuk melengah-lengahkan PRU15. Alasan terkini PH adalah risiko ‘banjir besar’. Namun ianya sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU15 berlangsung sebelum pertengahan Nov.

Pada 5 Okt, PH mengumumkan DUN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan dibubarkan kerana ia akan memfokuskan kebajikan rakyat, termasuk membuat persiapan bagi menghadapi banjir.

Semasa kerajaan Melaka tumbang pada 5 Oktober tahun lepas apabila beberapa ADUN kerajaan melompat ke PH, pihak PH amat yakin untuk mengadakan PRN. Malah PH mendesak untuk mengadakan PRN Melaka yang berlangsung pada 20 November 2021. Ketika itu, tidak pula mereka “takut” pada banjir.

Namun apabila PH kalah dalam siri PRN, mereka mula membantah apa sahaja bentuk pilihan raya memandangkan keyakinan PH mula merudum.



Antara alasan-alasan PH untuk membantah PRU sejak awal tahun ini termasuk:
– Pandemik Covid sedang melanda
– Negara belum pulih dari pandemik Covid
– Inflasi belum reda
– Tidak hormat perlembagaan dan kuasa YDPA
– Sokongan Melayu terhadap UMNO sedang merudum
– Tidak hormat Deepavali
– Tidak hormat Krismas
– Tidak hormat Tahun Baharu Cina
– Tidak hormat bulan Ramadan
– Tak cukup bekalan telur di pasaran
– Tidak hormat Parlimen
– Bajet2023 perlu dibentang dan diluluskan dulu
– PRU15 ganggu jadual akademic pelajar, pendidik
– Bajet2023 yg telah dibentang tidak bermakna jika parlimen bubar

Perlu kita ingat PH dan PN tidak pernah mengunakan alasan banjir apabila PRN Melaka diadakan pada lewat bulan November atau membantah PRN Sarawak pada lewat bulan Disember tahun lepas. Kini mereka bermati-matian mahu menggunakan alasan banjir pula.

Dan yang paling penting, alasan risiko ‘banjir besar’ sudah tidak lagi relevan sekiranya SPR menetapkan PRU15 berlangsung sebelum pertengahan Nov.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker