Bersatu, UMNO masuk Pas saja – Tuan Ibrahim

Bersatu, UMNO masuk Pas saja – Tuan Ibrahim

‘Yang mudahnya, semua masuk Pas, tak ada masalah’.

Demikian seloroh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung penyatuan ummah antara parti itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.



Beliau berkata, kedua-dua parti Melayu tersebut selesa bersama Pas di bawah gagasan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Antara Bersatu dan UMNO, semua selesa bekerjasama dengan Pas, jalan mudahnya semua masuk Pas, tak ada masalah,” selorohnya pada majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) Pahang di Dewan Al Makmur Kerdau di sini malam semalam.

Tuan Ibrahim berkata, sememangnya pada awalnya UMNO ingin bekerjasama dengan Pas, tetapi meletakkan syarat supaya parti tersebut memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan Pas ingin membentuk kerajaan secara bersama apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dengan mengajak UMNO menyertai gagasan tersebut.



Beliau berkata, walaupun UMNO menolak Bersatu, tetapi Pas tetap menghargai kerjasama rakan parti itu yang pernah ‘susah dan senang’ dalam perjuangan sebelum ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan kenapa ada pemimpin tertinggi UMNO bersungguh-sungguh hendak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sedangkan negara bakal berdepan Monsun Timur Laut (MTL) bermula awal November ini.

“Apapun Parlimen dibubarkan. Kita menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi dan perkara yang lebih penting kita dapat menguruskan permuafakatan serta kerjasama dalam PN.

“Saya amat terharu dan gembira kerana perbincangan kerusi PN di Pahang sudah hampir selesai dalam suasana harmoni dan jelaslah pemuafakan ini akan memberikan kemenangan sekali gus Pahang di bawah pentadbiran PN pada PRU15 ini,” katanya.



Selanjutnya, beliau berharap segala usaha PN mendapat keberkatan Allah SWT di samping mampu membentuk suasana kerja PRU15 yang menggembirakan untuk semua pihak.

Beliau turut menyentuh ancaman media sosial ketika ini yang disifatkan mampu meracuni pemikiran pengundi seperti mana pengalaman yang ditempuh semasa PRU14 lalu.

“Ahli PN jangan sesekali menjadi ejen sebar fitnah atau menerima sebarang maklumat palsu daripada media sosial. Siasat dahulu maklumat yang diterima terutama berupa ancaman fitnah berkaitan PN,” ujarnya. Utusan

Bersatu, UMNO masuk Pas saja – Tuan Ibrahim




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]



Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker