Jho Low didakwa sering ke rumah – Shafee

Jho Low didakwa sering ke rumah – Shafee

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sering mengunjungi kediaman bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa

Ketika sesi soal balas saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, Muhammad Shafee berkata, terdapat maklumat menyatakan Jho Low sering berkunjung ke kediaman ketua institusi kewangan negara itu.

Muhammad Shafee: Anda pernah pergi ke rumah bekas gabenor itu?

Tek Kuang: Hanya sekali, ketika sambutan hari raya, ia terbuka kepada semua kakitangan perbankan.

Muhammad Shafee: Di manakah lokasi rumah itu?

Tek Kuang: Di Bukit Tunku.

Muhammad Shafee: Adakah pada bila-bila masa ketika di rumah Zeti Akhtar, anda berjumpa dengan Jho Low?

Tek Kuang: Tidak, tidak.

Muhammad Shafee: Anda pasti?

Tek Kuang: Sangat pasti.

Semasa prosiding, Muhammad Shafee bertanya mengenai empat surat daripada Arab Saudi kepada Najib seterusnya menyentuh isu Zeti Akhtar.

Pada Selasa minggu lalu, saksi ini berkata, bekas gabenor itu mengetahui Najib akan menerima AS$100 juta daripada Arab Saudi selepas beliau memaklumkannya dalam pertemuan empat mata pada awal 2011 lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencelah dan memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil Zeti Akhtar untuk memberi keterangan dalam kes itu kelak.

“Kami akan panggil Zeti Akhtar jadi soalan-soalan ini dapat ditujukan kepadanya, dia pasti ada jawapannya,” katanya.

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Rabu. Sinar

Jho Low didakwa sering ke rumah – Shafee


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker