Tengku Zafrul akur tidak dicalonkan, itulah kebijaksaan pucuk pimpinan

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akur apabila nama beliau tidak tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Tengku Zafrul berkata, sebagai ahli parti, beliau menyerahkan kebijaksanaan pucuk pimpinan untuk menentukan strategi terbaik untuk memenangi pilihan raya.

“Apabila diputuskan saya tidak bertanding, maksudnya jelas pada hemat pucuk pimpinan buat masa ini peranan saya bukan sebahagian daripada strategi tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.



Bagaimanapun, beliau menyatakan komitmen untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding bukan sahaja di Selangor tetapi di lima negeri lain dalam PRN.

Tengku Zafrul berkata, sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, beliau ingin melihat dan membantu UMNO ‘bertapak’ dan memenangi kerusi DUN di negeri ini.

“Kita boleh buktikan UMNO ini tidak semata-mata bergantung harap kepada Pakatan Harapan yang kita tahu kuat di negeri Selangor,” tambahnya.

Tengku Zafrul sebelum ini disebut-sebut sebagai calon dan bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.



Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu tidak pasti namanya akan dicalonkan atau tidak dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker