Ekonomi negara mampu capai sasaran KDNK 7 peratus tahun ini – Ismail

Ekonomi negara mampu capai sasaran KDNK 7 peratus tahun ini – Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keyakinan bahawa ekonomi negara tahun ini mampu mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus dengan mengambil kira pencapaian separuh pertama 2022 iaitu sebanyak 8.9 peratus.

Beliau berkata, dalam tempoh setahun, Kerajaan Keluarga Malaysia telah berjaya mengembalikan pasaran buruh ke tahap guna tenaga penuh.



“Kadar pengangguran juga telah menurun untuk 12 bulan berturut-turut iaitu 3.7 peratus pada Julai 2022, berbanding 4.8 peratus pada Julai 2021.

“Kerajaan juga sentiasa memantau kesan inflasi kepada harga barangan asas hingga berjaya mengawalnya ke tahap lebih rendah berbanding negara serantau.

“Bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, kerajaan menyalurkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion. Subsidi terbesar dalam sejarah.

“Daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah untuk subsidi petrol, diesel dan LPG iaitu RM41.7 bilion, bantuan terus kepada rakyat seperti tunai, pendidikan, pengangkutan dan pertanian bernilai RM25.7 bilion dan RM5.8 untuk tarif elektrik,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Ayer Keroh hari ini.



Dalam majlis itu, beliau turut menegur pembangkang yang sering mendakwa kononnya negara bukan lagi destinasi pelaburan asing sedangkan bagi separuh pertama 2022, pelaburan langsung asing (FDI) mencatat aliran langsung bersih lebih tinggi bernilai RM47.4 bilion.

Katanya, Malaysia juga muncul antara negara yang menyaksikan prestasi ekonomi terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 berbanding 5.0 peratus pada suku pertama 2022.

“Kejayaan ini disahut oleh Bank Dunia yang telah menyemak semula unjuran KDNK bagi tahun 2022 kepada 6.4 peratus berbanding 5.5 peratus yang diunjurkan pada bulan Mac lalu. E9

Ekonomi negara mampu capai sasaran KDNK 7 peratus tahun ini – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker