200 hilang tempat tinggal, 43 rumah hangus terbakar di Kudat

200 hilang tempat tinggal, 43 rumah hangus terbakar di Kudat

Kira-kira 200 penghuni hilang tempat tinggal selepas 43 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Kapur, Kudat, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar 2.20 pagi itu.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak memusnahkan rumah lain.

Difahamkan, kebanyakan penghuni sedang tidur ketika kejadian dan gagal menyelamatkan harta benda masing-masing menyebabkan sebahagian besar mereka tinggal sehelai sepinggang.

Jurucakap Bomba Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.28 pagi.

Katanya, seramai 21 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dan Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran membabitkan 43 rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 202 meter persegi terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dengan empat pancutan dari jentera bomba dan sumber air diperolehi dari pili bomba berhampiran,” katanya.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada 4.21 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.43 pagi.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. FMT

200 hilang tempat tinggal, 43 rumah hangus terbakar di Kudat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker