Petronas sahkan paip gas bocor di Lawas

Petronas sahkan paip gas bocor di Lawas

Petronas mengesahkan berlakunya satu kebocoran pada saluran paip gas Sabah-Sarawak sepanjang 600km di Lawas.

Syarikat itu mengisytiharkan penutupan keselamatan pada penghantaran gas ke satu fasiliti eksport gas asli cecair (LNG).



Petronas berkata, kebocoran berpunca daripada pergerakan tanah di kawasan KP201 pada 21 Sept lalu.

“Kejadian ini memberi kesan kepada bekalan gas ke kemudahan pengeluaran MLNG di Dua di komplek LNG Petronas di Bintulu, Sarawak,” katanya dalam kenyataan.

Petronas mengisytiharkan `force majeure’ atau perkara berkaitan bencana di luar kawalan manusia yang menghalang syarikat itu daripada memenuhi kontrak bekalan.

Syarikat itu menjelaskan `force majeure’ hanya memberi kesan pada pembekalan gas ke fasiliti pengeluaran MLNG Dua. Fasiliti pengeluaran LNG yang lain di komplek itu akan terus beroperasi seperti biasa.



Difahamkan kejadian itu memberi kesan kepada perjanjian penghantaran beberapa pembeli LNG dan Petronas sedang berbincang untuk mengenalpasti usaha untuk mengatasinya.

“Petronas kini menjalankan penilaian komprehensif pada saluran paip gas untuk memastikan integriti dan keselamatannya,” kata kenyataan itu.

Pada Khamis lalu, ADUN Ba’ Kelalan, Baru Bian mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mendesak Petronas mengesahkan kebocoran terbaru membabitkan saluran paip gas Sabah-Sarawak yang berlaku berhampiran Pa Berunut, Lawas.

Katanya, empat kebocoran berlaku antara 2014 dan 2020 disepanjang saluran paip di Long Sukang, berhampiran Sekolah Kebangsaan Long Sukang, Long Segaman dan Long Kawah.



Beliau mencadangkan, saluran paip sepanjang 600km yang menghubungkan Kimanis di Sabah ke Bintulu, Sarawak ditutup untuk selama-lamanya.

Katanya, beliau bimbang kerana banyak kawasan penduduk padat terletak di laluan paip gas berkenaan. FMT

Petronas sahkan paip gas bocor di Lawas


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker