PM Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Sarawak

PM Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Sarawak

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-86 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di sini pada Ahad.

Mendahului senarai 846 penerima, Ismail Sabri dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran “Datuk Patinggi”.

Istiadat yang bermula pada jam 5.15 petang hingga jam 5.30 petang itu turut dihadiri, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Acara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Miri itu turut dihadiri barisan pemimpin tertinggi negeri termasuk beberapa Timbalan Premier Sarawak.

Untuk rekod, Ismail Sabri merupakan pemimpin Kerajaan Persekutuan kelima yang dikurniakan Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang.

Antara lain termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan khidmat yang cemerlang kepada negeri Sarawak serta memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Terdahulu, Abdul Taib mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak kepada 43 penerima pada Sabtu.AA

PM Ismail Sabri Terima Gelaran ‘Datuk Patinggi’ Sarawak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker