Padah ugut wanita enggan jadi kekasihnya

Padah ugut wanita enggan jadi kekasihnya

Ampang: Seorang lelaki mengugut mahu mencedera dan merosakkan kenderaan milik wanita yang tidak mahu menjadi teman wanitanya dalam kejadian di Taman Ukay Perdana, di sini.

Tindakan lelaki berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 28 tahun pada 1 Oktober lalu.

“Mangsa mendakwa suspek datang ke rumahnya pada 6.30 petang dan memaksa mangsa keluar dari rumah. Suspek mengugut untuk mencederakan mangsa jika tidak mahu keluar berjumpa dengannya.

“Suspek tidak puas hati kerana pengadu tidak melayani kemahuannya untuk dijadikan teman wanita. Dia turut mengawal pergerakan mangsa dengan tidak membenarkan berkawan atau rapat lelaki lain.

“Suspek juga mengugut akan menarik atau mengapa-apakan mangsa dan kereta mangsa jika berjumpa di luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan itu, Mohamad Farouk berkata, polis yang menjalankan siasatan menahan suspek di Bangsar Baru, Kuala Lumpur, kira-kira 9 malam, Jumaat lalu.

Katanya, suspek direman dua hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. HM

Padah ugut wanita enggan jadi kekasihnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker