PRU 15: Khaled Nordin Wajar Diberi Peluang Bertanding – BN Johor

PRU 15: Khaled Nordin Wajar Diberi Peluang Bertanding – BN Johor

Barisan Nasional (BN) Johor berharap agar bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipilih semula sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Pengerusinya Datuk Hasni Mohammad berkata ini memandangkan Mohamed Khaled adalah Naib Presiden UMNO.

“Saya percaya kita (BN Johor) tentunya hendak Naib Presiden UMNO dari Johor ini supaya dapat diberi peluang bertanding sekali lagi dalam PRU kali ini,” katanya mengulas mengenai jika terdapat calon yang akan membuat penampilan semula pada PRU15, selepas merasmikan Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Pontian, di sini.

Pada PRU14, Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi BN Johor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri ketika itu tewas dalam saingan empat penjuru di Parlimen Pasir Gudang dan dimenangi Hassan Abdul Karim daripada PKR dengan majoriti 24,726 undi.

Mohamed Khaled, yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi itu turut gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, dan telah dimenangi Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh daripada PKR dengan majoriti undi 8,746.

Sementara itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benut berkata bagi PRU15, UMNO akan bertanding di 17 kerusi Parlimen, manakala MCA pula lapan dan MIC, satu dengan jangkaan tidak kurang 60 peratus adalah calon muka baharu.

“Saya ada tanggungjawab yang berat kerana parti menyasarkan BN Johor memenangi jumlah kerusi Parlimen yang besar antara 16 hingga 20 kerusi daripada 26 kerusi yang dipertandingkan di Johor,” katanya.- BERNAMA

PRU 15: Khaled Nordin Wajar Diberi Peluang Bertanding – BN Johor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker