Bajet 2023 hanya dapat dilaksana jika BN menang PRU15

Bajet 2023 hanya dapat dilaksana jika BN menang PRU15

JEMPOL: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, segala inisiatif dan bantuan kepada rakyat seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2023 hanya boleh dilaksanakan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kita kena pastikan BN menang, supaya setiap yang diumumkan dalam Bajet 2023 semalam dapat dilaksanakan. Bajet yang diumumkan semalam, kerajaan telah ada duit, cuma mahu laksanakan sahaja,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap sempena Program Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia @ Jempol di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7, Palong di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat membentangkan Bajet 2023 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM372.3 bilion yang melibatkan RM272.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan segala janji yang akan ditaburkan pembangkang terutama menjelang PRU15.

“Saya mahu mengingatkan jika tidak lama lagi kalau berlaku pilihan raya, pembangkang akan kemukakan cadangan-cadangan apa yang mereka mahu buat. Manifesto mereka ini hanya janji kosong, ia pengalaman kita semasa menjadi pembangkang dahulu,” katanya. Utusan

Bajet 2023 hanya dapat dilaksana jika BN menang PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker